Arahan keselamatan pemasangan tayar ini adalah sah bagi semua jenama tayar yang dikeluarkan oleh Continental AG dan ia tidak bertujuan untuk memberikan latihan secara sepenuhnya atau prosedur servis bagi pemasangan tayar. Sila rujuk perkara ini kepada pihak yang berkelayakan di dalam perkhidmatan tayar profesional.
Memasang tayar pada rim boleh menjadi bahaya.
Memasang tayar harus dilakukan oleh pihak yang berlayakan di dalam perkhidmatan tayar profesional.
Jangan melakukan prosedur servis tayar tanpa latihan yang betul, peralatan dan kelengkapan yang mencukupi. Cubaan untuk memasang tayar dengan cara yang salah, peralatan yang rosak atau tidak lengkap dan/atau tidak mengikut prosedur yang betul boleh mengakibatkan tayar meletup di mana menyebabkan kecederaan yang serius atau kehilangan nyawa.
Selalu baca, memahami dan ikut sebarang peringatan dari pihak pengeluar tayar yang tercatit di dalam buku panduan pelanggan, pada peralatan tersebut, maklumat yang tersenarai di dalam laman sesawang dan/atau tertulis dibahagian tepi tayar (sidewall).
Jangan mengepam angin tayar ditempat yang tidak selamat. Jangan berdiri, menyandar, atau meletakkan jari di antara tayar dan rim yang telah dipasang ketika proses mengepam angin. Jarakkan diri anda jauh dari tayar yang sedang dipam bagi pertimbangan keadaan setempat.
Pastikan kelengkapan perlindungan peribadi yang bersesuaian seperti cermin mata keselamatan, perlindungan pendengaran, kasut kerja.
Aspek Umum:
Pengasingan Tayar:
Pemasangan Tayar:
Negara | Tekanan Angin Maksima Pemasangan Tayar | Piawaian |
Jerman | Tekanan Pop: 330 kpa (3,3 bar) / 48 psi | WDK |
Amerika Syarikat / Kanada | 275 kpa (2,75 bar) / 40 psi | RMA/USTMA |
Brazil | 275 kpa (2,75 bar) / 40 psi | ALAPA |
Jepun | 300 kpa (3,0 bar) / 44 psi | JATMA |
Tayar-tayar Run Flat (SSR):
Hubungi:
Technical Customer Services Tires