Penggunaan tayar perlu dihentikan untuk pelbagai sebab, termasuk bunga tayar yang usang, kerosakan atau penyalahgunaan (lubang tayar kempis, terkerat, kesan hentaman, bonjol, kekurangan angin, beban berlebihan, dll).
Inilah sebab tayar, termasuk tayar ganti, mesti diperiksa secara rutin, iaitu, sekurang-kurangnya sekali sebulan. Pemeriksaan yang kerap menjadi lebih penting apabila tayar digunakan untuk jangka masa panjang. Jika kerosakan tayar disyaki atau dijumpai, Continental mengesyorkan bahawa pengguna membawa tayar untuk pemeriksaan oleh pakar perkhidmatan tayar. Pengguna harus menggunakan konsultasi ini untuk menentukan sama ada tayar boleh terus digunakan.
Adalah disyorkan bahawa tayar ganti diperiksa pada masa yang sama. Pemeriksaan rutin ini harus dilakukan sama ada kenderaan dilengkapi dengan sistem pengawasan tekanan tayar (TPMS) atau tidak.
Pengguna digalakkan untuk menyedari keadaan visual tayar mereka. Mereka juga perlu peka dengan sebarang perubahan dalam prestasi dinamik seperti kehilangan angina tayar, bunyi bising atau getaran. Perubahan sedemikian boleh menjadi penunjuk bahawa satu atau lebih tayar harus diperiksa dengan segera untuk mencegah kecacatan tayar.