Produk untuk Kereta / Van / 4x4

stage_image1_lg

Technology

Sistem Pengawasan Tekanan Tayar

Sistem pengawasan Tekanan Angin Tayar dan Sistem Maklumat Tayar Elektronik

Keselamatan dan keselesaan memandu secara langsung berkaitan dengan keadaan tayar. Anggaran 40% daripada semua kerosakan tayar dengan tiba-tiba, misalnya, disebabkan oleh kekurangan tekanan angin tayar.

Sistem yang direka oleh Continental sentiasa mengawasi tekanan angin tayar dan memberi amaran kepada pemandu jika terjadi kekurangan tekanan angin tayar.

Dengan cara ini Sistem Maklumat Tayar kami membantu mengurangkan punca kemalangan yang kerap untuk meningkatkan keselamatan memandu. Selain itu, mereka mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan mengurangkan penggunaan bahan api.

Sekiranya tayar kereta kurang dari 0.3 bar, kenderaan itu mungkin akan menggunakan bahan api sebanyak 1.5 peratus dan seterusnya melepaskan jumlah pengeluaran karbon dioksida yang lebih tinggi.

article_66w_image1

Peraturan Berkanun Baru untuk Eropah

Suruhanjaya Eropah telah meluluskan undang-undang yang memerlukan Sistem Pengawasan Tekanan Angin Tayar pada semua model baru pada tahun 2012 dan pada semua kereta baru tahun 2014 - seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Banyak kenderaan sudah memasang Sistem Pengawasan Tekanan Angin Tayar sebagai peralatan standard. Sistem ini akan menjadikan data mereka tersedia untuk sistem kenderaan lain - sistem brek, sebagai contoh.

Dengan potfolio produk kami, kami mempunyai kedudukan yang sangat baik untuk menangani keperluan masa depan dan menjadikan pengendalian tayar lebih selamat, eko-mesra, selesa dan mudah untuk pemandu.

Maklumat terperinci mengenai penyelesaian pengawasan tekanan angin tayar kami yang anda akan dapati di sini.